Saturday, 23 April 2011

MAKHLUK MULIA

Renungan Bersama!!!


Maha besar ALLAH yang menjadikan kita sebagai makhluk yang mulia.
Maha suci ALLAH yang mentakdirkan kita sebagai orang Islam. Keislaman
kita adalah anugerah ALLAH yang begitu besar dalam hidup ini. Harta, taktha
atau pun apa sahaja yang kita miliki pada masa ini tidak memberi apa-apa
makna apabila kita tidak memperolehi anugerah islam. Seluruh amalan orang-
orang yang tidak beriman dan bukan islam adalah sia-sia. Bersyukurlah kita
kepadaNya dengan sebaik-baiknya.
Orang yang beruntung adalah terus berusaha memelihara dan meningkatkan
kualiti sebagai seorang muslim. ALLAH menyediakan Al-Quran sebagai
pedoman hidup bagi orang beriman. Selain itu ALLAH juga mengutuskan
rasul yang mulia sebagai contoh terbaik bagi beribadah kepada ALLAH.
Bagi memelihara dan meningkatkan kemulian kita dari masa kesemasa, kita
perlu memiliki agenda hidup yang baik. Seorang muslim perlu merancang
kehidupan harian. Keimanan dan keislaman itu bagai tanaman. Apabila
tanaman sentiasa disiram dan dirawat dengan baik, ia pasti tumbuh dengan
subur. Oleh itu agenda hidup kita perlu dirancang supaya aktiviti yang
dilakukan dapat memelihara keimanan dan keislaman.
Iman itu bukanlah dengan angan-angan tetapi apa yang mantap di dalam
hati dan diikrarkan dengan lidah, dibuktikan kebenarannya dengan amal
perbuatan. Iman juga ada dua bahagian, sebahagian kesabaran dan
sebahagian lagi kesyukuran.

No comments: