Wednesday, 10 August 2011

~~~Heavenly Thoughts~~~







Setiap manusia tidak mengetahui keburukkan dirinya sendiri,
andainya ia mula menyedari keburukkan jiwanya, maka ia
perlu berusaha memperbaiki dan menyucikannya. Ini berarti
jiwanya sudah dididik dan akhlaknya sudah baik. Tanda budi
pekerti yang baik adalah keimanan dan budi pekerti yang 
buruk adalah kemunafikan. Seseorang yang berbudi pekerti
tinggi mempunyai perilaku murni, di mana dia melakukan
sesuatu dari jiwa yang tulus, tanpa paksaan. Perbuatan-
perbuatannya pula elok menurut ukuran akal dan syarak.

Mengikut Imam Ghazali, terdapat empat asas utama akhlak
yang mulia:
Pertama: Kebijaksanaan yang dapat membezakan yang benar
dan salah,

Kedua: Keberanian menahan atau mengarahkan kemarahan 
dengan menggunakan akal.

Ketiga: Kebersihan jiwa bagi menahan keinginan syahwat 
dengan mendidiknya untuk tunduk kepada akal dan syarak

Keempat: Keadilan iaitu kekuatan jiwa yang boleh mengatasi
sifat marah dan keinginan syahwat lalu membimbingnya ke-
arah kebijaksanaan.

Akhlak yang mulia akan mengangkat manusia ke darjat yang
tinggi dan dihormati. Akhlak yang buruk akan membinasakan
seseorang insan dan juga akan membinasakan umat manusia,
Manusia yang mempunyai akhlak yang buruk senang melaku-
kan kekacauan, senang melakukan perbuatan yang tercela,
yang akan membinasakan diri dan masyarakat seluruhnya.


Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Orang Mukmin yang paling sempurna imannya,
ialah yang paling baik akhlaknya."
(Hadis Riwayat Ahmad)
-- 


No comments: