Showing posts with label Media News. Show all posts
Showing posts with label Media News. Show all posts

Wednesday, 25 June 2014

APAKAH yang dimaksudkan dengan TANAH RIZAB MELAYU ??


Tanah Rizab Melayu ialah suatu kawasan tanah yang tertentu yang telah diwartakan khusus untuk orang Melayu sahaja dan orang bukan Melayu tidak boleh memegang apa- apa hakmilikan terhadap tanah tersebut. Ini bererti Tanah Rizab Melayu tidak boleh ditukar hakmilikan, dipajak dan disewa kepada orang bukan Melayu atau bangsa asing dan sebagainya tanpa sebab. Secara umumnya, kewujudan tanah rizab untuk orang Melayu merupakan satu hak keistimewaan kepada orang Melayu daripada terus dimonopoli atau didiskrimasi oleh bangsa lain dengan harapan untuk memperolehi keuntungan, sekarang atau mendatang.
Oleh sebab itu, di setiap negeri di Malaysia terdapat undang-undang Tanah Rizab Melayu seperti
1. Terengganu - Tanah Pegangan Melayu
2. Melaka dan Negeri Sembilan - Tanah Pegangan Adat.
3. Kelantan - Native of Kelantan (anak kelantan).
Secara tersurat dapat lah kita fahami sememangnya pengisytiharan sesuatu kawasan sebagai Tanah Rizab Melayu adalah semata-mata untuk memastikan supaya tanah tertentu dalam negeri ini diberi milik hanya kepada orang Melayu dan bukannya kepada bukan melayu. Kepentingan dan kelebihan ini harus kita kekalkan bagi menjamin ketuanan Melayu kekal sebagai penduduk kekal Tanah Melayu.

Contoh:-
Tahukah anda, sebagai contoh dikelantan sahaja, pertumbuhan penduduk setiap tahun ditambah dengan bilangan rakyat kelantan yang bekerja dan mencari rezeki di negeri-negeri luar berjumlah hampir 1,000,000 orang dan sekiranya hanya 1/4 sahaja yang inginpulang dan menetap di kelantan dan memiliki rumah sendiri nanti mereka memerlukan sekurang-kurangnya lokasi tanah untuk rumah mereka ditambah dengan permintaan yang sentiasa melebihi penawaran. Bagaimana hal ini boleh berlaku ?? Kuantiti tanah tidak akan bertambah, penduduk semakin bertambah..Nilai hartanah nanti akan menjadi semakin tinggi.

Sunday, 29 December 2013

Ribut petir di perairan negara dijangka berterusan

28 Disember 2013

Jabatan Meteorologi Malaysia


KUALA LUMPUR - Ribut petir di perairan Labuan, Sabah, Sarawak, pantai timur Semenanjung, Johor timur, Perak dan Selangor     dijangka berterusan sehingga awal malam ini.
   
Menurut Jabatan Meteorologi, ribut petir itu boleh menyebabkan angin kencang berkelajuan antara 50 hingga 60 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.
   
Keadaan ini juga boleh berlaku di kawasan perairan Samui, Bunguran, Condore, Palawan, Reef North dan Layang-Layang.
   
Menurut kenyataan jabatan itu, angin kencang yang menyebabkan kenaikan paras air laut serta laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 5.5 meter dijangka berterusan sehingga Selasa depan.  - Bernama

Amaran ribut petir di beberapa perairan negara

29 Disember 2013

Jabatan Meteorologi Malaysia

KUALA LUMPUR - Ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak, Labuan dan Pantai Barat Sabah dijangka berterusan sehingga sebelum subuh esok.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

Ribut petir juga berlaku di kawasan perairan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor barat, yang menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter, dijangka berterusan sehingga sebelum subuh esok.

Keadaan ini juga berlaku di kawasan perairan Reef North, Bunguran, Layang-Layang dan Palawan yang menyebabkan angin kencang melebihi 60 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 5.5 meter, yang juga dijangka berterusan sehingga sebelum subuh esok.

Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk menangkap ikan, pekerja di pelantar minyak serta perkhidmatan feri. - Bernama