Saturday, 23 April 2011

Tanda-tanda dunia di penghujung nyawa.

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.
'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.
'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai).
Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Adayang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'
- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia,
Anugerah Muzik...


4) Menghias masjid & membanggakannya.
'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'-
Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah...


5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat &
hubungan dengan tetangga tidak baik.
'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim
& sikap yang buruk dalam tetangga.'-
Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......



6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi,
maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan
tidak mengingkari kemungkaran'-
Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang bodoh & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'-
- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel
Sharon& kat Malaysiapun ada....


8) Mengucapkan salam kepada orang yang
dikenalnya sahaja.
'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang
lain kecuali yang dikenalnya saja.'
- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi
hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila
mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, etc..)...


10) Bulan sabit kelihatan besar.
'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit.'
- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok...


11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu'
- Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......


12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'
-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²'
- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

No comments: