Thursday, 21 April 2011

Dr Azizan: Seminar Marketing Power 2011@Menara PGRM, KL Meriah!

Salam Semua,

Semoga anda dirahmati Tuhan yang Maha Kuasa.

Untuk pengetahuan anda, lokasi pertama Seminar Marketing Power 2011 di Menara PGRM, Cheras, Kuala Lumpur telah dihadiri oleh 2,000 peserta dari pelbagai peringkat umur. Ianya sepatutnya bermula pada pukul 9.30 pagi tetapi buat pertama kalinya, saya terpaksa memulakannya lebih awal setengah jam kerana dewan telah penuh sesak disebabkan kehadiran peserta yang telah datang seawal 7 pagi.

Seminar ini telah menerima pendaftaran lebih daripada 10,000 peserta untuk beberapa lokasi seluruh semenanjung Malaysia dan dijangka pendaftarannya akan ditutup tidak lama lagi memandangkan beberapa lokasi yang telah penuh tempat duduknya.

Apa yang mereka pelajari? Ramai yang berkongsi dengan saya di Fan Page FACEBOOK saya : Alumni atau bakal alumni Dr.Azizan Osman, tentang betapa banyaknya informasi dan rahsia pemasaran yang telah saya kongsikan dan pertama kali mereka ketahui.

Ada yang hadir sebenarnya memang berpengalaman tentang pemasaran tetapi mereka pun teruja mempelajari perspektif pemasaran yang saya kongsikan.

Program ini Seminar Marketing Power ini adalah satu platform untuk anda melihat apakah potensi sebenar anda di dalam dunia perniagaan dan keusahawanan. Ia adalah sangat penting untuk mempunyai ilmu, mentor dan sistem yang betul untuk berjaya, maka saya banyak berkongsi tentang intipati rahsia menarik pelanggan yang sebenar yang mampu membuatkan perniagaan anda "meletop" dalam masa yang singkat.

Banyak kisah kejayaan graduan-graduan saya yang saya telah paparkan di Metro Ahad serta di wawancara di dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O, TV9 setiap ahad.

Informasi ini bakal merubah hidup anda selama-lamanya. Jika anda ada impian, saya bantu anda untuk merealisasikan.

Apa yang penting? Kuasa bertindak. Anda masih ada peluang untuk mendaftar di 019/013-2442244 atau 019-2442400 atau layariwww.marketingpower.com.my.

Anda masih boleh mendaftar untuk program di Melaka, Johor Bahru, Kota Bharu, K.Terengganu, Kuantan, Alor Setar, Seberang Prai, Ipoh dan Kuala Lumpur.

Apakah penghalang kejayaan seseorang? Memberi alasan untuk bertindak.

Semoga anda lebih kaya dan berjaya.

AO


We value your privacy and we're not going to sell your info to anyone.

No comments: