Bumi digongcang
Mata manusia terbelalak ketakutan
Manusia bagaikan anai-anai
Isi dunia dihamburkan bagai bulu-bulu
Gugurlah kandungan wanita hamil
Langgit terbelah
Matahari bulan di kumpulkan
Bulan hilang cahaya
Matahari digulung
Lautan-lautan meluap
Bintang-bintang jatuh berserakan
Gunung-ganang dihancur luluhkan
Roh-roh di pertemukan dengan tubuh
Catatan amal di buka
Bayi-bayi yang dikubur hidup-hidup
Di tanya mengapa kamu di bunuh?
Seluruh bumi digengam ALLAH
Langgit dilenyapkan
Neraka jahim dinyalakan
Syurga didekatkan
Firman ALLAH yang bermaksud:
" Pada hal bumi seluruhnya dalam genggamanNya ,
pada hari qiamat dan langit digulung dengan tangan
kananNya." ( Az-Zumar :67)
Masa Hari Kiamat Dan Huru-haranya
Hadith :
Nabi s.a.w bersabda: "Manusia berpeluh pada
hari kiamat dengan banyaknya sehingga air
peluh mereka meresap ke dalam bumi berpuluh-
puluh hasta, dan menenggelami mereka
sehingga sampai ke telinga masing-masing" .
Abi Hurairah r.a
Huraian
Nabi s.a.w bersabda: "Manusia berpeluh
pada hari kiamat dengan banyaknya
sehingga air peluh mereka meresap
ke dalam bumi berpuluh-puluh hasta,
dan menenggelami mereka sehingga
sampai ke telinga masing-masing" .
Yakinlah anda, bahawa dunia ini merupakan tempat yang penuh dengan cubaan.
bala', kesulitan dan kesedihan.. Oleh kerana itu, terimalah ia seadanya dan selalu-
lah minta pertolongan ALLAH.
ALLAH pasti memberikan pahala setelah kecemasan, kegundahan, kesedihan,
keresahan. kelaparan, kefakiran, rasa sakit, dililit oleh hutang dan segala musibah
yang lain.
Ketahuilah, bahawa kesulitan itu dapat membuka pendengaran dan penglihatan,
menghidupkan hati, mengawal nafsu, mengingatkan hamba kepada Tuhannya, dan
dapat menambah pahala.
Janganlah banyak bergaul dengan orang yang berkelakuan buruk, dan jangan pula
dengan orang-orang yang suka menyusahkan, serta pendengki. Sebab mereka
boleh merosakkan jiwa dan menimbulkan kesedihan dan keresahan.
Jauhilah dosa-dosa, kerana ia adalah sumber keresahan dan kesedihan. Dan dosa
menyebabkan timbulnya malapetaka dan memebuka pintu terjadinya mesibah dan
krisis.
Sekadar renungan.
Ada yang mahu menjadi bintang, di puja dan
dikagumi oleh banyak orang, bintang di pentas, di tv
tetapi bukan di hadapan Tuhan.
1- Artis mahu jadi bintang pujaan
2- Pemimpin mahu menjadi bintang yang di kagumi
3- Orang yang berilmu mahu jadi bintang untuk rujukan
Tidak kira samada lelaki atau perempuan belajar
dan mengejar untuk menjadi bintang dalam
pelbagai bidang, ada yang lika, ada yang terus kagum dengan kebolehan diri sendiri. Pada orang
lain hanya nampak kelemahan seperti pudarnya
cahaya bintang Apabila di beri anugerah oleh ALLAH, punyai sinar bintang yang cerah dan
cantik bergemerlapan. Mereka yakin
cahaya bintang itu akan sentiasa bersinar, menakjubkan setiap yang memandang.
Namun ada antara mereka alpa di satu saat nanti
akan berakhir semua ini, dan tiada yang kekal melainkan ALLAH. Akhirnya akan
tersungkur dengan ego dan kesombongan diri
sendiri. Kiranya punyai kesedaran dan keinsafan akan beroleh keampunan dan dapat
memperbaiki salah silap. Tapi bagi yang terus lupa
diri bakal memijak duri-duri dan bara api. Apa yang
penting jadilah bintang di hadapan ALLAH. Cahaya
gemerlapan baik di dunia mahu pun di akhirat. Redha ALLAH mendapat nikmat dan rahmat dari
ALLAH. Hamba-hamba yang sentiasa mengharapkan keredhaan ALLAH akan bersifat
tawadduk serta rendah diri akan diangkatkan darjatnya.
No comments:
Post a Comment