Showing posts with label Motivator. Show all posts
Showing posts with label Motivator. Show all posts

Sunday, 10 July 2011

Tip "Tak Cukup Masa" dan Formula Facebook di Ipoh & Putrajaya!

Salam Property Negotiator,
 
Sering kali kita menggunakan alasan "Tak cukup masa", "Takde time" atau "Belum sempat" dalam berbagai perkara. Sememangnya alasan sebegini memang releven untuk keadaan semasa kita, namun adakalanya ianya digunakan hanya sekadar alasan, sedangkan keadaan tak cukup masa tersebut adalah kerana kita yang kurang mengurus masa ;)
 
Property Negotiator, tip ringkas saya pada email kali ini untuk anda adalah mengenai teknik mengurus masa. Mudahan anda mendapat idea dalam menguruskan masa anda dengan lebih efisyen.
 
Pada hari esok (Khamis 7hb Julai) saya akan kendalikan sesi PERCUMA "FORMULA FACEBOOK" di Ipoh, Perak (Ritz Garden Hotel). Khas bagi bakal usahawan dan usahawan tidak kira menjalankan perniagaan produk atau perkhidmatan, sesi ini saya akan kongsikan bagaimana anda boleh melipat gandakan keuntungan dan pelanggan perniagaan anda dengan menggunakan Facebook. 
 
Property Negotiator, Facebook merupakan platform Internet yang amat popular ketika ini, dan terutamanya bagi bakal usahawan dan usahawan yang tidak tahu menggunakan Facebook dalam menggandakan keuntungan adalah dalam kerugian- TAGGING gambar-gambar kenalan dengan produk kita adalah kaedah yang salah- bukan ini caranya yang efektif (malah ramai yang tak suka) ;)
 
Sekiranya anda berada di Ipoh, sertai sesi eksklusif FORMULA FACEBOOK secara percuma bersama saya pada malam esok. Buat masa ini, hanya 14 tempat tinggal. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran Formula Facebook IPOH, PERAK, klik di sini.
 
Juga, berita baik bagi anda yang berada di Putrajaya, pertama kali FORMULA FACEBOOK akan diadakan di Putrajaya Lake Club pada minggu hadapan (14hb Julai). Pendaftaran baru dibuka dan tempat adalah eksklusif untu 100 peserta sahaja. Klik di sini untuk pendaftaran Formula Facebook PUTRAJAYA.
 
Mudahan sesi ini akan membuka mata anda tentang peluang menggandakan keuntungan perniagaan anda dengan hanya menggunakan Facebook!
 
FORMULA FACEBOOK IPOH
Ritz Garden Hotel
7hb Julai 2011, 8mlm-10.30mlm (ESOK!)
KLIK UNTUK DAFTAR PERCUMA

FORMULA FACEBOOK PUTRAJAYA
Putrajaya Lake Club
14hb Julai 2011, 8mlm-10.30mlm
KLIK UNTUK DAFTAR PERCUMA
Salam ceria,
 
-Irfan Khairi
Kuala Lumpur
 
ps: Selepas kejayaan Revolusi Perniagaan Internet pada bulan April, kini Revolusi Media Sosial akan diadakan pada Oktober 2011 di 3 lokasi iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kota Kinabalu! Ketahui 66 strategi menambahkan keuntungan perniagaan anda di Revolusi Media Sosial.
 

Tip pilihan: Sorry... Tak Cukup MASA!
"Tak cukup masa"... "sibuk sangat"
Mungkin itulah alasan yang paling ketara sekali di zaman ini.
Anda pernah tak guna alasan ini? :) Saya pernah! Walaupun so far rasanya saya belum jadikannya alasan untuk terlepas menulis email kepada anda- walaupun sememangnya saya sibuk :)
Apa sahaja kerja yang kita lakukan memerlukan masa. Tak kira kerja apa. Dengan itu, memang kita tidak boleh lari dengan masa. Perlu ingat, semua orang mempunyai masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Ianya bergantung pada setiap individu bagaimana hendak membahagikan masa mereka.
Satu strategy saya dalam menguruskan masa saya adalah strategy 10/90.
Strategy ini mengatakan, kita perlu menggunakan 10% daripada masa kita untuk merancang masa kita, dan ini akan menjimatkan 90% daripada masa kita dalam mencapai sesuatu matlamat (jangka panjang atau jangka pendek).
Adakah anda merancang masa anda? Maksud saya, benar-benar merancang sehingga mengambil masa 30 minit-1 jam hanya untuk merancang masa? :) 
Kalau tidak, anda perlu mulakan merancang masa anda 10% untuk menjimatkan 90%! Ambil pen, dan kertas, dan tuliskan apa yang anda perlu lakukan hari ini/minggu ini/bulan ini besertakan deadline sekali.
Berhenti dari menggunakan perkataan "Tak cukup masa" atau "sibuk sangat" dari penggunaan anda. Oleh kerana pada hakikatnya, memang semua orang kalau ikutkan "Tak cukup masa". Anda perlu mula mencari masa untuk melakukan perkara-perkara yang produktif (seperti memulakan perniagaan).
Dengan cara ini sahaja, anda akan MENCARI MASA dan tidak menjadikannya alasan!



16-2, Jalan PJU 7/16, Mutiara Damansara, 47800 PJ 

Tuesday, 5 July 2011

Pertama kali (dan TERAKHIR) Prelude Revolusi: Formula Facebook akan diadakan di Ipoh, Perak!


Khas bagi warga Perak yang ingin tahu cara menjana pendapatan serta melipatgandakan keuntungan apa sahaja perniagaan anda menggunakan media sosial Facebook, dijemput untuk hadiri FORMULA FACEBOOK bersama Irfan Khairi.

Revolusi Prelude, Formula Facebook
Speaker: Irfan Khairi
Tempat: Ritz Garden, Ipoh
88 Jalan Yang Kalsom 
Tarikh: Khamis 7hb Julai 2011
Masa: 8.00 mlm - 10.30 mlm
Masuk: Percuma
Klik di sini untuk menempah tempat
Sempena acara gilang gemilang "Revolusi Media Sosial" pada Oktober 15hb, suka dimaklumkan Road Tour "Revolusi Prelude: Formula Facebook" bersama Irfan Khairi. Formula Facebook akan mendedahkan beberapa kaedah mudah dan praktikal bagaimana anda boleh menjana pendapatan menggunakan Facebook.
Sesi ini ditaja sepenuhnya dan 100% PERCUMA. Terbaik untuk usahawan dan bakal-bakal usahawan yang ingin mengetahui kaedah menggandakan pendapatan perniagaan melalui media Sosial seperti Facebook. 

 
 


Tip pilihan: Senarai "JANGAN LAKUKAN"
todo.jpg
Seringkali dalam pengurusan masa, kita sering tekankan untuk menyediakan  senarai apa yang kita perlu buat. kata mat salleh, "To Do List!". Iaitu senarai segala kerja-kerja kita yang perlu kita buat- dan apabila kita selesai tugasan tersebut, kita akan pangkahkannya dari senarai kita.
Satu konsep yang baru dan juga memberi kesan yang amat mendalam adalah lawan kepada "To Do List!". Pernah kah anda mencuba "Stop Doing List!"?
Stop Doing List adalah senarai apa yang anda perlu berhenti melakukan. Mungkin anda mempunyai tabiat buang masa seperti menonton TV rancangan yang tidak penting, melepak, merempit (harapnya tidak!), atau apa sahaja rutin yang membuang masa, bina satu senarai baru iaitu "Stop Doing List!"
Senaraikan segala tabiat membuang masa anda. Apabila anda menyenaraikannya, ia akan memberi kesan psikologi kepada anda dan kesedaran untuk anda hindarkan tabiat-tabiat membuang masa ini.
Cuba lah! Ianya adalah lebih penting menyedari apa yang membuangkan masa anda untuk mengoptimakan masa anda yang sedia terhad! :)


PENGUMUMAN: Berita baik. Tahun ini acara satu hari gilang gemilang Revolusi Media Sosial akan diadakan di 3 lokasi terpilih - KUALA LUMPUR, JOHOR BAHRU dan KOTA KINABALU. Pendaftaran kini telah dibuka!
Acara 1-hari Irfan Khairi 'Live': Revolusi Media Sosial direka khas bagi anda, pengguna laman-laman sosial untuk menjana pendapatan melalui kaedah perniagaan Internet.
Sama ada anda memiliki perniagaan, ataupun anda belum lagi memiliki perniagaan, Revolusi Media Sosial akan mendedahkan kaedah bagaimana anda boleh menjana pendapatan 100% daripada laman web sosial popular di dunia seperti Facebook, YouTube, Blog, Twitter dan lain-lain...
REVOLUSI MEDIA SOSIAL kini dijalankan di KUALA LUMPUR, JOHOR BAHRU dan KOTA KINABALU!

KUALA LUMPUR
KLCC Convention Center
15hb Oktober 2011
9.00 pagi - 6.00 petang
KLIK DI SINI

JOHOR BAHRU
Persada Johor
22hb Oktober 2011
9.00 pagi - 6.00 petang
KLIK DI SINI


KOTA KINABALU
Sutera Harbour Resort
29hb Oktober 2011
9.00 pagi - 6.00 petang
KLIK DI SINI


16-2, Jalan PJU 7/16, Mutiara Damansara, 47800 PJ 

Monday, 30 May 2011

3 cara menjana pendapatan menggunakan Facebook, YouTube & Blog bersama Irfan Khairi


Tip Pilihan: Menjadi Popular dalam Perniagaan
Oleh: Irfan Khairi
 
Menjadi popular tidak semestinya untuk industri hiburan sahaja. Perniagaan juga perlu menjadi popular untuk menarik pelanggan yang ramai. Pendek kata, lagi popular sesuatu perniagaan, lagi mudah menarik pelanggan- seperti industri hiburan!
popularity.jpg
Untuk menetahui cara menjadi popular, "MASA" memainkan peranan yang penting- terutamanya untuk jadi popular di Internet. Sememangnya sering kita dengar kisah-kisah "over-night sensation" (popular dalam masa singkat), namun, kisah-kisah sebegini tidak banyak dan hanya terjadi sekali sekala sahaja.
Dengan menggunakan elemen "Masa", kita dapat membina populariti perniagaan dan juga jenama kita. Jangan fikirkan menjadi popular dengan cepat oleh kerana cara yang lebih ideal dan terjamin untuk jangka panjang adalah membina populariti secara perlahan.
Lihat contoh-contoh di bawah:
  • Justin Beiber popular sedunia hari ini meletakkan klipnya di YouTube sejak 2007!
  • Ana Rafali pemenang Juara lagu kini telah menggunakan Youtube sejak 2006!
  • Saya juga mendapat populariti bukan secara mendadak, tetapi telah menulis blog sejak 2006!
Untuk membina jenama perniagaan kita, fikirkan elemen masa. Mulakan awal. Jangan bertangguh-tangguh oleh kerana lagi anda bertangguh, lagi lambat elemen masa akan membantu populariti perniagaan dan jenama anda. Mulakan sekarang dan biarkan masa membantu populariti perniagaan anda!

Thursday, 21 April 2011

Dr Azizan: Seminar Marketing Power 2011@Menara PGRM, KL Meriah!

Salam Semua,

Semoga anda dirahmati Tuhan yang Maha Kuasa.

Untuk pengetahuan anda, lokasi pertama Seminar Marketing Power 2011 di Menara PGRM, Cheras, Kuala Lumpur telah dihadiri oleh 2,000 peserta dari pelbagai peringkat umur. Ianya sepatutnya bermula pada pukul 9.30 pagi tetapi buat pertama kalinya, saya terpaksa memulakannya lebih awal setengah jam kerana dewan telah penuh sesak disebabkan kehadiran peserta yang telah datang seawal 7 pagi.

Seminar ini telah menerima pendaftaran lebih daripada 10,000 peserta untuk beberapa lokasi seluruh semenanjung Malaysia dan dijangka pendaftarannya akan ditutup tidak lama lagi memandangkan beberapa lokasi yang telah penuh tempat duduknya.

Apa yang mereka pelajari? Ramai yang berkongsi dengan saya di Fan Page FACEBOOK saya : Alumni atau bakal alumni Dr.Azizan Osman, tentang betapa banyaknya informasi dan rahsia pemasaran yang telah saya kongsikan dan pertama kali mereka ketahui.

Ada yang hadir sebenarnya memang berpengalaman tentang pemasaran tetapi mereka pun teruja mempelajari perspektif pemasaran yang saya kongsikan.

Program ini Seminar Marketing Power ini adalah satu platform untuk anda melihat apakah potensi sebenar anda di dalam dunia perniagaan dan keusahawanan. Ia adalah sangat penting untuk mempunyai ilmu, mentor dan sistem yang betul untuk berjaya, maka saya banyak berkongsi tentang intipati rahsia menarik pelanggan yang sebenar yang mampu membuatkan perniagaan anda "meletop" dalam masa yang singkat.

Banyak kisah kejayaan graduan-graduan saya yang saya telah paparkan di Metro Ahad serta di wawancara di dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O, TV9 setiap ahad.

Informasi ini bakal merubah hidup anda selama-lamanya. Jika anda ada impian, saya bantu anda untuk merealisasikan.

Apa yang penting? Kuasa bertindak. Anda masih ada peluang untuk mendaftar di 019/013-2442244 atau 019-2442400 atau layariwww.marketingpower.com.my.

Anda masih boleh mendaftar untuk program di Melaka, Johor Bahru, Kota Bharu, K.Terengganu, Kuantan, Alor Setar, Seberang Prai, Ipoh dan Kuala Lumpur.

Apakah penghalang kejayaan seseorang? Memberi alasan untuk bertindak.

Semoga anda lebih kaya dan berjaya.

AO


We value your privacy and we're not going to sell your info to anyone.

Wednesday, 20 April 2011

Dr Azizan: ADAKAH ANDA MASIH MEMILIH UNTUK HIDUP DI TAKUK YANG LAMA?

Salam Semua


Apa khabar? Semoga anda dan keluarga dilimpahi rahmat dariNya.

Untuk pengetahuan anda, saya baru sahaja kembali daripada Sydney, Australia 2 minggu yang lepas.

Apa saya & isteri saya buat di Sydney, Australia? Kami telah berjaya mencapai 3 agenda utama:-

1.    Melihat peluang serta bersedia untuk mengembangkan Richworks Group of Companies saya ke sana samada untuk business education & training, advertising & marketing, health & wellness serta food & beverages.

2.    Membawa isteri saya berjalan-jalan di Sydney. Melawat beberapa tempat yang menarik seperti Blue Mountain & Three Sisters serta beberapa lokasi pelancungan yang menarik di sana

3.    Menyertai program motivator terkenal dunia Anthony Robbins untuk recharge diri saya & isteri. Untuk lebih berjaya, kita perlu sentiasa di kelilingi oleh mereka yang lebih berjaya daripada kita.

Kenapa saya nak share semua ini? Mudah sahaja. Mungkin kejayaan yang saya capai hari ini dilihat belum sehebat Donald Trump, Bill Gates, Tony Fernandes, Tan Sri Syed Mokhtar, Mark Zuckerberg atau sesiapa billionaire yang ada di luar sana. Saya setakat jadi cover Majalah Jutawan, Majalah Sukses, saya selalu di interview di TV, menulis buku atau memberikan tips motivasi di Radio Sinar. Mungkin belum lagi di interview di Forbes atau majalah Fortune atau sebagainya. Insya-Allah on the way.

But point saya ialah, saya bersyukur hidup saya lebih baik daripada 10 tahun dahulu. Lebih baik beribu-ribu kali ganda daripada 10 tahun dahulu daripada segi kebahagiaan, kesihatan, ketenangan, kemewahan, sumbangan, kejayaan dan Insya-Allah hasilnya dapatlah saya berkongsi ilmu dan pengalaman saya dengan mereka yang merasakan mereka telah “penat” hidup tertekan, kesempitan kewangan, ingin menyumbang kepada orang lain tetapi sendiri pun tidak settle serta mereka yang ingin melihat hidup mereka berubah dalam masa setahun daripada sekarang.

Ingin tahu bagaimana hidup saya sentiasa lebih baik dan sentiasa nampak macam “bernasib baik”?

Bukannya saya bernasib baik tetapi Alhamdulillah, 10 tahun dahulu saya bertindak untuk pilih menjadi bernasib baik. Ya.  Saya pilih untuk mendapatkan Mentor, Ilmu dan Sistem/Formula bagaimana untuk merubah kehidupan saya dan keluarga.

Mereka yang memilih untuk mengenali diri, mengenal Tuhan serta mempelajari dan menggunakan formula-formula kejayaan orang yang berjaya, anda pasti akan dapati hidup anda akan bernasib baik. Itu bukan saya cakap tetapi saya telah buktikan dan begitu juga ramai graduan program-program saya terutamanya mereka yang telah mengikuti program “Transformasi-Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan”. Hidup mereka tidak sama lagi selepas 3-hari tersebut.

 
“The more knowledge I have, the faster action I take, the more luckier I get!”- AO

Anda ikut jalan orang yang berjaya, anda juga “terpaksa” berjaya.

Tetapi apakah penghalang kejayaan seseorang? Banyak……Ramai orang pilih untuk beri alasan kenapa mereka tidak boleh bertindak sekarang. Mereka menangkan “masalah” yang mereka ada yang menyebabkan mereka tidak dapat merubah hidup mereka sedangkan saya kenal ramai orang yang telah sertai program saya yang sanggup buat apa sahaja untuk pastikan mereka dapat LAKUKAN transformasi hidup mereka.


Transformasi hidup saya dan perjalanan hidup saya semakin hari semakin menarik. Insya-Allah, doakan umur saya panjang & berkat. Saya akan tingkatkan lagi kualiti hidup saya dan membantu seramai mungkin mereka di luar sana yang bukan sahaja ingin memperbaiki hidup mereka, tetapi mereka bertindak untuk memperbaiki hidup mereka dengan dapatkan M.E.S.T.I untuk mesti kaya & berjaya dunia akhirat.

Apa itu MESTI? M-Mentor, E-eLmu, S-Sistem, T-Tindakan & I-Impian.

Jika hidup anda susah sekarang, jangan mimpi lagi 10 tahun hidup anda akan berubah jadi lebih baik! Malah ianya mungkin akan menjadi 10 kali ganda lebih teruk daripada sekarang UNLESS anda bertindak merubahnya hari ini.

Anda boleh impikan apa sahaja, tetapi jalan-jalan kejayaan pasti akan lebih mudah jika anda mempunyai mentor, ilmu dan sistem yang telah terbukti berjaya.

Anda boleh belajar daripada sesiapa sahaja, tetapi anda tidak akan dapat kelas 3-hari 2 malam yang penuh dengan ilmu & pengalaman tentang bagaimana untuk memperbaiki tahapan kewangan anda, bagaimana untuk membongkar potensi diri anda & keluarga, bagaimana untuk berjaya dan mencapai kebahagiaan, kesihatan, kekayaan, kejayaan dan keberkatan dengan sistem yang mudah.  Kelas yang lengkap tentang bagaimana untuk kaya & berjaya dunia akhirat seperti di dalam kelas 3-hari “Transformasi-Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan(IMKK)” saya pada 1,2 & 3 April 2011 minggu hadapan.

Tahukah anda, ramai yang telah sertai kelas IMKK ini tahun lepas yang telah berniaga samada part-time & full-time dan tahapan kewangan mereka lebih baik berkali-kali ganda dibandingkan dengan sebelumnya.

Tahukah anda, ada graduan yang telah dapat selesaikan hutang-hutang kereta, rumah setelah 7 bulan sertai IMKK ini?

Tahukah anda, ada graduan saya yang jadi lebih terkenal dan lebih berjaya setelah sertai program 3-hari IMKK ini?

Sebab itu saya cakap, jangan percaya cakap saya. Jangan percaya cakap mereka yang tidak pernah sertai IMKK ini. Jangan percaya tetapi anda sendiri perlu bertindak sekarang dan hadir sendiri serta lihat sendiri.

Anda tidak ada risiko, anda tidak rugi apa-apa. Anda diberikan 100% money-back guarantee jika anda tidak gembira pada pada petang hari pertama program tersebut.

Anda ingin memperbaiki tahapan kewangan anda, ingin tingkatkan kerjaya atau perniagaan anda atau anda ingin tahu bagaimana untuk maksimakan potensi diri anda untuk perniagaan atau kerjaya yang bagaimana? Anda juga akan belajar bagaimana untuk mengatasi “kebocoran wang” yang dihadapi oleh ramai orang di luar sana & banyak lagi…..

Saya cadangkan anda bertindak sekarang untuk hubungi talian 019/013-2442244/019-2442400/03-55191260 sekarang untuk pertanyaan lanjut. 

Sebenarnya, sekiranya anda hubungi Richworks sekarang, anda mungkin tidak dapat line kerana ramai orang lain yang sedang menempah tempat mereka. Jika anda serius, anda akan hubungi kami sehingga dapat!

Saya pulangkan duit anda 100% pada petang hari pertama jika anda tidak belajar sesuatu daripada saya. No question asked.

Ada berani? Tunggu apa lagi? Merancang untuk merubah hidup tidak akan merubah hidup anda. Apa yang akan merubah hidup anda? Kuasa Tindakan! The Power of Action.

Anyway, the choice is in your head, the action is in your hand! Adakah anda masih ingin terus hidup dengan masalah anda sekarang?

Hubungi Richworks: 019/013-2442244/019-2442400/03-55191260 sekarang untuk pertanyaan lanjut tentang program 3-hari "Transformasi-Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan".

 

Azizan Osman

Success Coach

Dr Azizan: Lemah kuasa bertindak, mana boleh ubah hidup jadi kaya & berjaya

Salam Semua

Semoga anda dirahmati Tuhan yang Maha Kuasa. 

Jika anda tidak pernah tahu betapa mudahnya untuk bina bisnes dan menarik sumber rezeki perniagaan 9/10 yang dikatakan oleh Rasulullah saw, pastikan anda, keluarga anda, anak2, sahabat handai, sedara-mara, rakan2 yg tlh punyai bisnes atau belum berjaya dlm bisnes atau tgh belajar utk bisnes atau tiada bisnes - Pastikan HADIR Klinik Usahawan - Seminar Marketing Power 2011 di KL (Ahad 17/4) dan tmpt2 lain spt Melaka, JB, KB, K.Trengganu dan Kuantan minggu hdpn serta AS, PG dan Ipoh! 

Saya akan tunjukkan rahsia pemasaran, rahsia menarik pelanggan! Hubungi 019/013-2442244/019-2442400!  (Tgk jadualwww.marketingpower.com.my) 

*Program ini tidak sesuai utk mrk yg tidak mempunyai impian utk merubah hidup keluarga menjadi lebih kaya & berjaya, sila jgn hadir! 

*P/S Dapatkan Metro Ahad atau tontoni Nasi Lemak Kopi O, TV9 ahad ini tentang seorang lagi usahawan berasal daripada Kota Bharu yang menjadi lebih kaya & berjaya setelah sertai program saya bulan Oktober 2010.

**P/S Hampir setiap minggu sejak awal tahun 2011 ini, saya telah mengundang peserta saya yang telah merubah hidup mereka samada lebih bahagia, kaya dan berjaya untuk berkongsi kisah kejayaan mereka sebagai bukti kepada mereka yang di luar sana yang masih belum bertindak atau teragak-agak untuk hadir di dalam mana-mana program saya. Untuk pengetahuan anda, program saya yang telah berjaya membantu transformasi hidup lebih 90,000 orang peserta dalam tempoh 3 tahun ini.

Nasihat saya ialah Jangan Percaya Cakap Saya! Anda perlu hadir dan tengok sendiri apa agaknya yang ramai sangat orang hadir kelas mamat ini? Apa ke halnya? Ramai pula yang berjaya memperbaiki hidup mereka.....

Cer cuba.... Cer cuba tengok apa agaknya yang mungkin anda boleh dapat daripada program saya..... Lepas tengok, kalau anda belajar sesuatu, then tahniah, mudah-mudahan ianya membantu perubahan hidup anda. Jika tidak, then mungkin kita tidak serasi

Cer cuba... Orang yang berjaya biasanya mereka adalah orang yang berani mencuba melihat sesuatu perkara daripada perspektif yang berbeza! 

Semua bisnes yang anda buat, pasti gagal atau kerugian, jika anda tiada Mentor, Ilmu, Sistem yang bagus serta kuasa tindakan yang luar biasa....

Ingat! Rahsia utama daripada semua rahsia kejayaan adalah Kuasa Tindakan. Jika seseorang itu "terhegeh-hegeh" bertindak, maka hidupnya akan "terhegeh-hegeh" dan "biasa-biasa" sahaja....

Lemah kuasa bertindak, mana boleh kaya & berjaya, apatah lagi untuk memperbaiki hidup keluarga....

Tapi, terpulang kepada anda..... Pilihan diminda anda, kuasa tindakan ditangan anda....

Semoga anda lebih kaya & berjaya!

AO

Dr Azizan: 12 Rahsia Kekayaan & Kejayaan


Salam semua Alumni yang dikasihi,
"Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.
Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN". 
Al-Asr.

Apakah cabaran sepanjang zaman? Dari zaman Adam a.s sehinggalah hari ini? Ia adalah cabaran yang dihadapi oleh semua nabi dan rasul. Semua wali Allah swt. Semua yang ingin memilih untuk mencipta sesuatu yang baru samada untuk diri sendiri atau orang lain. Cabaran untuk mereka yang ingin HIDUP LUAR BIASA daripada orang lain yang biasa-biasa. Cabaran yang dihadapi oleh Samual Morse bila diberjaya mencipta telegraph, cabaran yang sama yang dihadapi oleh Thomas A.Edison apabila beliau berjaya mencipta bulb lampu ketika zamannya, cabaran yang sama yang dihadapi oleh Henry Ford ketika beliau menunjukkan kepada dunia kereta ciptaannya, cabaran yang sama yang dihadapi oleh Wilbur dan Orville Wright setelah berjaya mencipta "mesin terbang" (untuk manusia terbang) yang pertama di dunia. Gallileo dengan teori "bumi ini bulat serta bumi ini sebenarnya mengelilingi matahari", P.Ramlee dengan filem-filemnya yang lain daripada yang lain dizamannya ketika itu menerima banyak cemuhan.

Semuanya mendapat tantangan, dikatakan gila, difitnah, dihina, ada yang dibunuh! Kenapa? Hanya kerana mereka telah berjaya melakukan sesuatu atau mencipta sesuatu yang out-of-norm dan lebih kehadapan daripada orang-orang dizaman mereka! 

Hari ini ianya masih berlaku. Ianya masih berlaku. Orang yang ingin berubah kehidupan untuk menjadi lebih berjaya di dalam hidup mereka hari ini, ada yang dikatakan gila! Ada yang dikatakan "hilang akal". 

Orang yang telah penat hidup umpama "kais awal bulan untuk hidup sampai hujung bulan" bertahun-tahun lamanya dan tiba-tiba ingin merubah hidup yang sebegini serta mendapatkan ilmu kejayaan daripada mereka yang telah berjaya, tiba-tiba menjadi "PELIK". 

Usaha untuk memajukan bangsa dan umat Islam dengan memberikan ilmu, mentor dan sistem dikutuk dan difitnah dengan pelbagai cara. Sedangkan mereka tidak perasan, betapa anak bangsa kita hidup "bangsat" ditanah air sendiri. (Maksud bangsat=merempat). 

Jangan salahkan politik, jangan salahkan pemimpin, jangan salahkan parti mana-mana pun. Jangan salahkan bangsa lain, jangan salahkan ekonomi dunia, jangan salahkan mak bapak, jangan salahkan guru, jangan salahkan sesiapa pun termasuk jiran kita kerana....

Kuasa tindakan sememangnya ditangan kita. Jika kita mahu berjaya, tiada alasan untuk tidak bertindak. Jika kita mahu hidup biasa-biasa, kita hanya perlu terus bertindak biasa-biasa sahaja. 

Cabaran paling besar untuk berjaya adalah diri sendiri. Orang lain boleh cemuh kita, boleh hina kita, boleh kutuk kita, tetapi kuasa tindakan tetap ditangan kita.

Esok....Adalah harinya! Esok adalah permulaan kepada 3-hari program "Transformasi-Intensif Kekayaan & kejayaan". 12 Rahsia Kekayaan akan diberikan kepada anda yang hadir. 13 prinsip kekayaan & kejayaan akan dicurahkan. 5 mentor kekayaan & kejayaan akan memberikan anda ilmu untuk bangkit daripada hidup biasa-biasa. Anda akan belajar langkah demi langkah untuk keluar daripada masalah "kebocoran wang" serta menarik kekayaan & kejayaan di dalam hidup. Anda akan belajar lebih dalam tentang rahsia diri anda serta potensi diri anda.

Tiada jaminan anda akan berjaya melainkan anda komited untuk bertindak secara luar biasa. 

Selamat datang ke program "Transformasi 2011- Intensif Mentor Kekayaan & kejayaan" kepada anda yang datang daripada dalam dan luar Kuala Lumpur.

Semoga perjalanan dirahmati dan diberkati Allah swt untuk mendapatkan ilmu, mentor dan sistem untuk memperbaiki kehidupan.

Setiap langkah anda merupakan amalan dan ilmu yang anda akan pelajari mudah-mudahan mendapat keberkatan serta menjadi amalan soleh yang berterusan setelah anda tiada.

FOKUS. FOKUS. FOKUS dengan lafaz Bismillah....

Jumpa nanti.

Dr.Azizan Osman
Jurulatih Kejayaan #1 Malaysia

-----------------------------
Pakar perunding motivasi potensi diri & strategi pemasaran & pengiklanan,  
kolumnis Majalah Jutawan & Sukses dan pernah menjadi cover page Malajah Jutawan & Sukses
Penulis buku
Certified DISC Profile Analyst
Certified NS-NLP Prac & Hypnosis (ISNS, USA)
Certified LifeSuccess Coach - Bob Proctor's program wordwide
Trained over 80,000 people in less than 3 years in Malaysia.

Dr Azizan: Bagaimana untuk Meningkatkan Perniagaan Anda Paling Kurang Dua atau Tiga Kali Ganda?

Ramai orang kata, 9 per 10 rezeki adalah daripada perniagaan bukan? Tetapi saya dapati, 9/10 daripada yang berniaga mengalami kegagalan atau bertambah rugi dalam tempoh 1-3 tahun yang pertama! 

Tetapi, jangan risau kerana saya tahu kenapa dan bagaimana untuk memastikan perniagaan anda atau bakal peniaga akan berjaya dengan perniagaan mereka samada sekecil-kecil perniagaan sehinggalah sebesar-besar syarikat antarabangsa.

Oleh itu, anda diundang untuk menyertai satu program yang bakal meningkatkan jualan, pelanggan dan pendapatan anda untuk beberapa kali ganda sekiranya anda bertindak menggunakan strategi-strategi pemasaran yang bakal dikongsikan.

Bersedia untuk menerima cabaran peningkatan permintaan pasaran sebagaimana yang telah berlaku kepada ramai peserta seminar ini tahun lepas 2010.

Setiap ahad, bermula daripada 3 April 2011 untuk 6 minggu berturut-turut, anda boleh menonton wawancara secara “LIVE” bersama mereka yang telah berjaya meningkatkan jualan mereka serta pendapatan mereka atau membuka lebih banyak cawangan yang menyebabkan hidup mereka berubah dalam masa yang pantas.

Tontoni sendiri bagaimana mereka meningkatkan jualan sehingga 250% sebulan selepas 6 bulan dan jualan mereka mencecah lebih RM12.8 juta sebulan. 

Tontoni sendiri bagaimana mereka transformasi hidup mereka daripada RM10 yang tinggal di dalam poket mereka ketika menyertai program Dr.Azizan dan selepas 12 bulan, keuntungan bersih perniagaan mereka menjadi lebih RM2 juta ringgit.

Tontoni sendiri bagaimana mereka mendapatkan pasaran antarabangsa selepas menggunakan strategi pemasaran Dr.Azizan.

Semua anda tidak perlu percaya tetapi tontoni sendiri dan alami sendiri kerana anda tidak akan tahu tentang sesuatu sehingga anda sendiri mempelajari dan mengalaminya bukan?


Siapa Saya?


Hari ini saya mempunyai 5 buah syarikat di dalam industri yang berbeza. Syarikat kumpulan ini adalah di dalam proses persediaan untuk diapungkan ke Bursa Malaysia dalam tempoh beberapa tahun yang terdekat ini. 

Selain daripada aktif berkongsi informasi, pengalaman dan membantu transformasi hampir 90,000 peserta melalui seminar motivasi dan keusahawanan saya. Perniagaan utama saya adalah perunding pengiklanan dan pemasaran sejak tahun 2001. Syarikat saya merupakan 

Saya terlibat dengan banyak syarikat “gergasi” Malaysia di dalam industri Telekomunikasi, Perbankan, Internet dan program Fund-Raising serta membantu banyak syarikat SME untuk meningatkan jualan dan pelanggan mereka dalam masa yang pantas.

Saya pakar di dalam Integrated Marketing Solutions (IMS) yang merangkumi perlaksanaan kempen pemasaran, promosi, pengiklanan dan publisiti menggunakan On-Line dan Off-Line Marketing.

Setelah 10 tahun di dalam industri ini, pada tahun 2010, ia merupakan kali pertama saya melancarkan program Klinik Usahawan – Seminar Marketing Power ini dan hasilnya lebih 12,000 orang telah mendapat manfaat dan peningkatan jualan serta pendapatan mereka. Sesuatu ilmu itu adalah luar biasa apabila ianya bukan sahaja saya gunakan dengan jayanya tetapi ianya “proven success” apabila digunakan oleh ramai orang lain. Saya merupakan cover page story untuk Majalah Sukses dan Jutawan 2010 dan telah sering di wawancara di TV1,TV3 dan TV9.

Bagaimana anda boleh tahu ianya benar? Sangat mudah. Anda hanya perlu dapatkan Metro Ahad setiap ahad bermula 3 April 2011 serta tontoni rancangan Nasi Lemak Kopi O, TV9 pukul 8.30 pagi setiap ahad untuk mendengar sendiri kisah kejayaan usahawan yang telah menyertai program ini.


ANDA MESTI HADIR PROGAM INI, SEKIRANYA ANDA :-

1.     Ingin mencari potensi perniagaan anda yang sebenar
2.     Ingin meningkatkan pendapatan perniagaan anda
3.     Rasa “bodoh” kerana berniaga bertahun-tahun tetapi belum capai kekayaan & kejayaan
4.     Rasa anda patut hidup lebih baik daripada sekarang berkali-kali berganda
5.     Mahu mengembangkan perniagaan anda
6.     Mahu mengetahui bagaimana untuk menarik pelanggan serta meningkatkan jualan perniagaan anda.


APA YANG SAYA TAHU YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU?

Yalah, apa yang saya tahu kan? Salah satu projek yang saya uruskan telah meningkat jualannya daripada RM66 juta setahun menjadi Rm152.5 juta setahun dalam tempoh 9 bulan sahaja. 

Projek telekomunikasi yang saya terlibat telah meningkat pelanggannya lebih 46,000 orang dalam masa 6 bulan selepas saya lancarkan kempen pemasarannya pada tahun 2006. 

Kenapa pelanggan korporat sanggup bayar RM5,000 sejam untuk duduk dengan saya dan mendengar strategi pemasaran yang saya cadangkan? 

Kerana saya tahu sesuatu yang ramai orang tidak tahu…..

Adakah anda perlukan sekarang ini :-

·      Idea baru atau idea yang bakal merubah hidup anda?
·      Ingin melihat perniagaan kecil-kecilan anda menjadi besar?
·      Ingin melihat perniagaan besar anda menjadi bertambah besar?
·      Ingin “turbo-booster” jualan dan keuntungan perniagaan anda atau kerjaya jualan & pemasaran anda?
·      Ingin melihat bagaimana untuk menarik lebih ramai pelanggan kepada anda?
·      Ingin mengatasi masalah persaingan sengit di pasaran?
·      Ingin membina kekayaan & kejayaan?


Ini adalah peluang anda untuk melihat sesuatu yang baru!

Sekiranya anda serius untuk memperbaiki hidup anda, perniagaan anda, keluarga anda dan masa depan anda…..




Anda MESTI hadir ke Klinik Usahawan Dr.Azizan Osman –Seminar Marketing Power 2011. 

 
MESTI. Jika anda rasa anda MESTI kaya & berjaya. Anda MESTI dapatkan Mentor, Ilmu dan Sistem yang terbaik.

 
Hubungi RICHWORKS sekarang di 019/013-2442244/019-2442400/03-55191260 untuk pertanyaan lanjut. Yuran kursus RM450/orang, tetapi tawaran sebelum 17 April atau sebelum tempat duduk penuh adalah RM30/orang (Pendaftaran Kumpulan 3 orang) & RM45/orang.

 
Dapatkan 15 tips pemasaran percuma di www.marketingpower.com.my!

 


Azizan Osman

Success Coach.