Bayi lahir keluar dari tembuni
Rahim memikul satu tujuan
Amanah ALLAH perlu dipatuhi
Demi kebahagian hari muka
Kehidupan umpama lebuhraya
Walau pun rata
Tetapi petaka sedia menanti
Jika tidak berhati-hati
Kerana itulah
Kaki yang melangkah perlu tahu
Bumi yang dipijak
Kelahiran berarti putih
Suci dari dosa
Dan kita juga mewarnai
Diri kita adalah rohani kita
Tetap sendiri memilih jalan hidup
Kita akan ditinggalkan
Mewarnai hidup
Dan kemudian
Beruzlah di dunia fana
No comments:
Post a Comment