Apa yang Allah anugerahkan kepada kita, adalah sementara dan merupakan
amanah yang perlu kita pikul sebagai tanggung jawap selagi ianya masih
bersama kita. Juga Allah anugerahkan pada makhluknya berpasangan iaitu
wanita dan lelaki masing-masing ada tarikan Jestru itu setiap kali entry saya
akan tekankan pada wanita kerana wanita perhiasan dunia dan punca fitnah
pada kaum lelaki. Wanita dilengkapi dengan keindahan jiwa dan raga.
Mempunyai daya tarik memikat penuh misteri, keindahan tubuh dan rohani
mampu memerangkap lelaki dan menggoda iman. Jertru itu tidak hairanlah
lelaki sanggup lakukan apa saja agar mampu menikmati dan memiliki tubuh
seseorang wanita mahu pun sanggup bergelumang dengan noda dan dosa.
Lihat saja sejarah silam berapa ramai lelaki yang kecundang dan telah
musnah kerana wanita.
Juga wanita menjadi objek lelaki dalam memenuhi kehendak, wanita menjadi
bahan untuk diekploitasikan samada secara paksa atau kerelaan. Bagi wanita
yang menyerah apa yang ada hanya untuk menggapai cita-cita dan puncak
harapan agar hidup seperti bintang kemerlapan yang sentiasa diburu gelapnya
malam. Dan lelaki sanggup meredah kegelapan malam bagi memburu bayang
malam. Wanita dijadikan persis herba untuk perbagai guna.
Bagi wanita yang sayangkan maruah diri pasti akan terus berusaha menjauh
dari elemen-elemen yang tidak sihat dan mengganggap ini semua adalah virus
yang terlalu merbahaya. Penghargaan terhadap wanita itu sebenarnya perlu
diperlihatkan wanita itu sendiri dalam menghormati dirinya. Tangan mereka
juga yang mecipta rentak tari hidup sendiri. Dengan cara menghormati diri
sendiri mampu bertindak dan menyelimuti perilaku dan maruah diri anasir-
anasir yang sentiasa menunggu bagai buaya atau harimau lapar. Wanita juga
harus mampu mempertahankan cara hidup yang sesuai dengan norma dan
berlandaskan dengan hukum-hukum yang telah ada dalam agama. Buat
apa yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang, insya-Allah akan dihormati
oleh orang lain dan dapat perlindungan dari Allah SWT.
Firman AllahSWT yang bermaksud:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin terhadap kaum perempuan...”
Surah al-Nisa’: 34
No comments:
Post a Comment