Saturday, 23 April 2011

Hidayah Allah...

Hidayah adakah dirasakan sebagai suatu yang begitu besar didalam kehidupan kita? Ramai orang yang diberikan Hidayah dan benar-benar menghargainya, merasakan sebagai suatu hadiah yang begitu besar didalam kehidupan dan merasakan takut kalau-kalau Hidayah itu ditarik kembali oleh Allah swt dari kehidupan mereka. Namun ada juga yang tidak kisah tentang apa yang telah diberikan oleh Allah swt dan membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa mengambil sesuatu yang terbaik untuk kehidupan yang dilalui.



Bagi yang telah beragama islam samada sedar atau tidak kita telah diberikan Hidayah untuk memahami Islam yang telah diturunkan kepada Rasulullah saw. Namun adakah kita benar-benar memahami apakah agama ISLAM itu didalam kehidupan kita, adakah kita merasai bahawa dengan beragama islam kita telah selamat dalam memilih jalan untuk dilalui namun mungkin jika kita tidak menjaganya kita akan terpesong dan lari dari jalan yang lurus.



Kehidupan ini adalah selari dengan apa yang kita yakini, kita akan bertindak mengikut apa yang kita percaya, sekiranya kita percaya kepada islam akan dapat memberikan kebahagian maka apabila kita mengikuti apa yang di kehendaki oleh Islam maka kita akan melihat kehidupan yang begitu sempurna dan bahagia. Namun sekiranya kita tidak mempercayai atau mengubah kepercayaan kita dari Islam tentu sekali apa yang ingin kita lakukan juga akan berbeza, kita akan merasakan kita boleh melakukan banyak perkara yang dilarang oleh Islam dan tidak secara langsung akan mengubah kehidupan kita.



Apakah pengertian yang kita pahami tentang sesuatu akan mencorak kehidupan kita. Mari kita merenung kehidupan masyarakat di Zaman Rasulullah saw. Masyarakat mekah amat mempercayai rasulullah saw, samada islam atau bukan islam mereka mempercayai apa yang dibawa oleh rasulullah saw, Cuma mereka ingkar untuk beriman, mereka sedar bahawa apa yang disampaikan oleh rasulullah saw tidak mungkin suatu yang direka oleh muhamad kerana apa yang terkandung didalam alquran adalah suatu yang begitu indah dan tidak mungkin dapat di fikirkkan oleh diri rasulullah sendiri, semuanya adalah dari Allah swt. Mereka percaya apa sahaja yang dikatakan oleh rasulullah saw pasti berlaku dan tidak akan berlaku pembohongan dari diri rasulullah saw. Mereka begitu takut apabila di doakan oleh rasulullah saw suatu yang buruk kerana sejarah telah membuktikan mereka yang menginyai atau yang menyeksa rasulullah apabila di doakan mendapat balasan buruk, ternyata menerima akibatnya. Mereka benar-benar percaya kepada diri rasulullah saw, namun hati mereka tetap ingkar untuk beriman.



Persoalannya apakah kepercayaan kita kepada rasulullah saw sebagai rasul yang membawa Hidayah kepada manusia dari Allah swt, sejauh mana kita merasakan untuk benar-benar mengikutinya, adakah benar-benar rasulullah saw sentiasa berada didalam hati kita, sentiasa kita kasihi, sentiasa kita fikir-fikirkan pengorbanan yang telah dilakukannya, jika masih belum itu tanda kita perlu bermula sekarang untuk mencari Hidayah untuk benar-benar beriman dan mencintai diri rasulullah saw untuk kita mencintai Allah swt. Keimanan suatu yang penuh kemanisan yang mungkin tidak dapat digambarkan tetapi pengorbanan orang-orang yang beriman membuktikan mereka merasai suatu kemanisan yang tidak dapat digambarkan. Setiap orang perlu berusaha dan berusaha untuk mendapatkannya.

MAri kita ikuti kisah seorang wanita yang menerima hidayah ketika berada di dalam bas....

Ikuti sambungan di: usrahkeluarga

No comments: