Sunday, 10 July 2011

Tip "Tak Cukup Masa" dan Formula Facebook di Ipoh & Putrajaya!

Salam Property Negotiator,
 
Sering kali kita menggunakan alasan "Tak cukup masa", "Takde time" atau "Belum sempat" dalam berbagai perkara. Sememangnya alasan sebegini memang releven untuk keadaan semasa kita, namun adakalanya ianya digunakan hanya sekadar alasan, sedangkan keadaan tak cukup masa tersebut adalah kerana kita yang kurang mengurus masa ;)
 
Property Negotiator, tip ringkas saya pada email kali ini untuk anda adalah mengenai teknik mengurus masa. Mudahan anda mendapat idea dalam menguruskan masa anda dengan lebih efisyen.
 
Pada hari esok (Khamis 7hb Julai) saya akan kendalikan sesi PERCUMA "FORMULA FACEBOOK" di Ipoh, Perak (Ritz Garden Hotel). Khas bagi bakal usahawan dan usahawan tidak kira menjalankan perniagaan produk atau perkhidmatan, sesi ini saya akan kongsikan bagaimana anda boleh melipat gandakan keuntungan dan pelanggan perniagaan anda dengan menggunakan Facebook. 
 
Property Negotiator, Facebook merupakan platform Internet yang amat popular ketika ini, dan terutamanya bagi bakal usahawan dan usahawan yang tidak tahu menggunakan Facebook dalam menggandakan keuntungan adalah dalam kerugian- TAGGING gambar-gambar kenalan dengan produk kita adalah kaedah yang salah- bukan ini caranya yang efektif (malah ramai yang tak suka) ;)
 
Sekiranya anda berada di Ipoh, sertai sesi eksklusif FORMULA FACEBOOK secara percuma bersama saya pada malam esok. Buat masa ini, hanya 14 tempat tinggal. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran Formula Facebook IPOH, PERAK, klik di sini.
 
Juga, berita baik bagi anda yang berada di Putrajaya, pertama kali FORMULA FACEBOOK akan diadakan di Putrajaya Lake Club pada minggu hadapan (14hb Julai). Pendaftaran baru dibuka dan tempat adalah eksklusif untu 100 peserta sahaja. Klik di sini untuk pendaftaran Formula Facebook PUTRAJAYA.
 
Mudahan sesi ini akan membuka mata anda tentang peluang menggandakan keuntungan perniagaan anda dengan hanya menggunakan Facebook!
 
FORMULA FACEBOOK IPOH
Ritz Garden Hotel
7hb Julai 2011, 8mlm-10.30mlm (ESOK!)
KLIK UNTUK DAFTAR PERCUMA

FORMULA FACEBOOK PUTRAJAYA
Putrajaya Lake Club
14hb Julai 2011, 8mlm-10.30mlm
KLIK UNTUK DAFTAR PERCUMA
Salam ceria,
 
-Irfan Khairi
Kuala Lumpur
 
ps: Selepas kejayaan Revolusi Perniagaan Internet pada bulan April, kini Revolusi Media Sosial akan diadakan pada Oktober 2011 di 3 lokasi iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kota Kinabalu! Ketahui 66 strategi menambahkan keuntungan perniagaan anda di Revolusi Media Sosial.
 

Tip pilihan: Sorry... Tak Cukup MASA!
"Tak cukup masa"... "sibuk sangat"
Mungkin itulah alasan yang paling ketara sekali di zaman ini.
Anda pernah tak guna alasan ini? :) Saya pernah! Walaupun so far rasanya saya belum jadikannya alasan untuk terlepas menulis email kepada anda- walaupun sememangnya saya sibuk :)
Apa sahaja kerja yang kita lakukan memerlukan masa. Tak kira kerja apa. Dengan itu, memang kita tidak boleh lari dengan masa. Perlu ingat, semua orang mempunyai masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Ianya bergantung pada setiap individu bagaimana hendak membahagikan masa mereka.
Satu strategy saya dalam menguruskan masa saya adalah strategy 10/90.
Strategy ini mengatakan, kita perlu menggunakan 10% daripada masa kita untuk merancang masa kita, dan ini akan menjimatkan 90% daripada masa kita dalam mencapai sesuatu matlamat (jangka panjang atau jangka pendek).
Adakah anda merancang masa anda? Maksud saya, benar-benar merancang sehingga mengambil masa 30 minit-1 jam hanya untuk merancang masa? :) 
Kalau tidak, anda perlu mulakan merancang masa anda 10% untuk menjimatkan 90%! Ambil pen, dan kertas, dan tuliskan apa yang anda perlu lakukan hari ini/minggu ini/bulan ini besertakan deadline sekali.
Berhenti dari menggunakan perkataan "Tak cukup masa" atau "sibuk sangat" dari penggunaan anda. Oleh kerana pada hakikatnya, memang semua orang kalau ikutkan "Tak cukup masa". Anda perlu mula mencari masa untuk melakukan perkara-perkara yang produktif (seperti memulakan perniagaan).
Dengan cara ini sahaja, anda akan MENCARI MASA dan tidak menjadikannya alasan!



16-2, Jalan PJU 7/16, Mutiara Damansara, 47800 PJ 

No comments: