Monday, 9 May 2011

Pameran Hartanah & Perhiasan, Putrajaya 1 Juta Pengunjung

Salam Property ,

Sukacita dimaklumankan yang pada 27 - 29 Mei 2011 ini akan
berlangsungnya pameran hartanah dan perhiasan di Presint 3
Putrajaya (bersebelahan Banggunan Putrajaya Holding).

Pameran Hartanah ini akan berlangsung selama 3 hari dan
Property mungkin sudah mula perasan pelbagai iklan-iklan
promosi karnival yang telah dilakukan.

Sasaran Kementerian Belia Dan Sukan pada tahun ini adalah 1 Juta
belia akan berada disana selama 3 hari. Pameran hartanah &
Perhiasan sahaja menjangkakan mampu menarik sekurang-kurangnya
50,000 pengunjung ke Banggunan Presint 3.

Dengan ini sempena sambutan HBN tahun ini, tapak pameran
perhiasan dibuka untuk ahli-ahli drumah.com yang berminat untuk
berniaga disana. Jika anda berminat sila hubungi saya segera.

Tapak Pameran ini khas untuk ahli drumah.com yang mempunyai
produk atau barang jualan seperti;

Pasu bunga, bunga, bunga plastik, cadar, permaidani, langsir,
kraf tangan, tupperware, perfume, perabot, penapis air, pembersih
udara dan sebagainya.

Selain itu jika ada diantara dikalangan ahli drumah.com yang
mempunyai perniagaan-perniagaan lain asalkan jangan perniagaan
makanan & minuman anda masih berpeluang untuk mempamerkan
produk dan perkhidmatan disana, sila hubungi pihak drumah.com
untuk sebarang pertanyaan.

Dengan itu saya menjemput rakan-rakan perniagaan sekalian untuk
bersama-sama kita menjayakan karnival ini.

Jangan hentikan maklumat ini disini,  beri lah peluang pada
kenalan-kenalan pejabat atau rakan facebook anda yang minat
berniaga, mana lah tahu rezeki beliau berada disini.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan tapak jualan sila hubungi
saya; 016-203 4402 - cmi

Dimana sahaja anda berada, terima kasih kerana anda masih bersama
drumah.com dan jumpa di tapak pameran hartanah dan perhiasan di
Putrajaya!

Terima Kasih,

Mohammad Helmi
Director
Drumah Homely Publications Sdn Bhd (922106-M),

No. 153B, 2nd Floor, Jalan Aminuddin Baki,, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, 60000, Malaysia--

No comments: