Monday 13 May 2013

Bermalam di desa Ulu Chepor




Price: RM 140
Type:Guest House and Homestay

Ulu Chepor yang terletak 10 minit daripada bandaraya Ipoh merupakan lokasi Hutan Simpan Kekal Kledang Siong. Terletak di kaki bukit Banjaran Kledang .
Kawasan ini cuma 2 KM dari Chemor / Tol Jelapang. 1KM pertama ada papan tanda 'Kaws. Perkelahan Sg. Ulu Chepor', 1KM seterusnya adalah jalan kampung
berturap hingga ke kawasan perkelahan. Kawasan ini telah dibangunkan dengan banyak kemudahan seperti chalet kayu, chalet batu, dewan, tapak perkhemahan,
tandas dan bilik salin, kedai makan, padang kawat, tempat letak kereta dan pondok-pondok rehat hampir sepanjang jeram bagi mereka yang berkelah.

Disini Eko Desa menyediakan tempat Homestay dengan ruang yang selesa dalam suasana desa sebenar. Telah dibuka kepada orang ramai pada Mei 2010. Kini
telah mendapat kunjungan daripada 40 keluarga sehingga kini.

Disini kami sediakan :
-2 bilik tidur
-Satu ruang dapur
-2 tandas
-2 telivisyen
-wi-fi percuma
-BBQ set di tepi sungai
-Meja ping-pong ( bagi yang ingin bermain)
-Gelanggang bola tampar

Kebiasaan pengunjung disini membawa beberapa orang ahli keluarga untuk mengadakan hari keluarga, aktiviti berkelah dan bersukaria.

- Dari aspek keselamatan pula, pihak Eko Desa menjamin setiap keselamatan pengunjung. Jika ada pertanyaan, sila hubungi Haji Nekmat 012-5632069 untuk mendapatkan keterangan lanjut dan untuk membuat tempahan.

* Ada sungai yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa di tepi homestay ini.


No comments: