Wednesday 25 June 2014

APAKAH yang dimaksudkan dengan TANAH RIZAB MELAYU ??


Tanah Rizab Melayu ialah suatu kawasan tanah yang tertentu yang telah diwartakan khusus untuk orang Melayu sahaja dan orang bukan Melayu tidak boleh memegang apa- apa hakmilikan terhadap tanah tersebut. Ini bererti Tanah Rizab Melayu tidak boleh ditukar hakmilikan, dipajak dan disewa kepada orang bukan Melayu atau bangsa asing dan sebagainya tanpa sebab. Secara umumnya, kewujudan tanah rizab untuk orang Melayu merupakan satu hak keistimewaan kepada orang Melayu daripada terus dimonopoli atau didiskrimasi oleh bangsa lain dengan harapan untuk memperolehi keuntungan, sekarang atau mendatang.
Oleh sebab itu, di setiap negeri di Malaysia terdapat undang-undang Tanah Rizab Melayu seperti
1. Terengganu - Tanah Pegangan Melayu
2. Melaka dan Negeri Sembilan - Tanah Pegangan Adat.
3. Kelantan - Native of Kelantan (anak kelantan).
Secara tersurat dapat lah kita fahami sememangnya pengisytiharan sesuatu kawasan sebagai Tanah Rizab Melayu adalah semata-mata untuk memastikan supaya tanah tertentu dalam negeri ini diberi milik hanya kepada orang Melayu dan bukannya kepada bukan melayu. Kepentingan dan kelebihan ini harus kita kekalkan bagi menjamin ketuanan Melayu kekal sebagai penduduk kekal Tanah Melayu.

Contoh:-
Tahukah anda, sebagai contoh dikelantan sahaja, pertumbuhan penduduk setiap tahun ditambah dengan bilangan rakyat kelantan yang bekerja dan mencari rezeki di negeri-negeri luar berjumlah hampir 1,000,000 orang dan sekiranya hanya 1/4 sahaja yang inginpulang dan menetap di kelantan dan memiliki rumah sendiri nanti mereka memerlukan sekurang-kurangnya lokasi tanah untuk rumah mereka ditambah dengan permintaan yang sentiasa melebihi penawaran. Bagaimana hal ini boleh berlaku ?? Kuantiti tanah tidak akan bertambah, penduduk semakin bertambah..Nilai hartanah nanti akan menjadi semakin tinggi.

No comments: