Setiap kali apabila munculnya tarikh 27 Rejab maka umat Islam seluruh dunia
akan rancak membincangkan tentang peristiwa Israk dan Mikraj. Pelbagai program
keagamaan diatur demi memuliakan peristiwa bersejarah tersebut. Hal ini
merupakan satu usaha murni untuk mengingatkan kembali umat Islam kepada
peristiwa-peristiwa bersejarah yang mana di dalamnya terdapat pelbagai
pengajaran bermanfaat. Rata-rata umat Islam di Malaysia yakin bahawa peristiwa
Israk dan Mikraj memang benar-benar berlaku pada 27 Rejab. Seolah-olah ia telah
disepakati di kalangan para ulamak ahli sunnah wal jamaah. Benarkah dakwaan
ini?
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila ke :
http://akob73.blogspot.com/
Dapatkan Juga Buku HEBATNYA BULAN ISLAM seperti di bawah :
Assalaamu'alaikum Warhmatullah
http://akob73.blogspot.com/
Tajuk: HEBATNYA BULAN ISLAM
Penulis: Mohd Yaakub Mohd Yunus
Harga: RM17
Halaman: 440
Penerbit :Karya Bestari / Karangkraf
Untuk membeli secara online sila ke sini :
http://mall.karangkraf.com/
Untuk mendapatkan borang langganan sila ke sini:
http://www.alaf21.com.my/
*****************************
Umat Islam di Malaysia lebih cenderung untuk menggunakan kalendar masihi
berbanding hijrah dalam urusan harian mereka. Hakikatnya, penggunaan tarikh
dalam kalendar Hijrah hanyalah mengikut musim tertentu. Umpamanya, pada bulan
Ramadan. Setiap hari dihitung dengan penuh minat kerana keterujaan untuk
menyambut kedatangan 1 Syawal atau Aidilfitri.
Di sisi lain, minat terhadap kalendar hijrah ini turut muncul apabila tibanya
hari-hari yang dianggap kebesaran atau bersejarah bagi umat Islam. Apatah lagi
sekiranya tarikh tersebut diiringi dengan cuti umum seperti Awal Muharam,
Maulidul Rasul dan Nuzul Quran. Tambahan lagi, hari-hari kebesaran itu tercatat
pu la pelbagai ibadat seperti puasa, doa-doa, zikir-zikir dan solat-solat sunat
yang dikhususkan.
Amat mendukacitakan kerana tidak semua amalan tersebut berpijak atas landasan
pendalilan yang kukuh. Ada amalan yang hanya direka cipta oleh individu atau
jemaah tertentu. Ada pula ibadat yang berlandaskan hadis-hadis dha’if (lemah)
atau mawdhu’ (palsu). Terdapat juga amalan yang benar-benar bersumberkan
daripada al-Quran dan al-Sunnah Rasulullah. Inilah contoh ikutan kita yang
terbaik lagi sempurna.
Rentetan daripada itu, maka saya menyusun sebuah buku untuk membahaskan apakah
ibadat yang tulen dan bidaah lagi terlarang menurut bulan-bulan Islam.
Kandungan Buku
BULAN MUHARAM
Berhijrah Menuju ALLAH dan Rasul
Amalan Sunnah dan Bidaah Pada Bulan Muharam
Peristiwa Karbala dan Hari Asyura
BULAN SAFAR
Tiada Kesialan Pada Bulan Safar
Amalan Bidaah Pada Bulan Safar
BULAN RABIULAWAL
Fatwa – Fatwa Ulama Tentang Menyambut Maulidul Rasul
Ittiba’ Sebagai Bukti Kecintaan Kepada Rasulullah
Hakikat Mencintai Rasulullah
BULAN REJAB
Amalan-Amalan yang Dianggap Sunnah Pada Bulan Rejab
Fatwa Ulama Tentang Menyambut Israk Mikraj
BULAN SYAABAN
Menyambut Kedatangan Bulan Syaaban
Sambutan Nisfu Syaaban Bukan Daripada al-Sunnah?
BULAN RAMADAN
Keistimewaan Bulan Ramadan
Amalan-amalan Sunnah Pada Bulan Ramadan
Solat Tarawih
BULAN SYAWAL
Puasa Sunat Enam Hari pada Bulan Syawal
BULAN ZULHIJJAH
Keutamaan Bulan Zulhijah
Ibadat Korban
Mengerjakan Ibadat Korban Menurut al-Sunnah Rasulullah.
AMALAN-AMALAN YANG DISUNNAHKAN SEMPENA HARI RAYA
*************************
SINOPSIS
Redha ALLAH itu penting. Dengannya, sejahteralah kehidupan selamanya. Tanpanya,
nerakalah tempat akhirnya. Peringatan ALLAH itu jelas:
Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan (mana-mana bahagian
daripada agama mereka) sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh ALLAH?
- Surah as-Syura: 21
Ingatlah, ketika Rasul berbicara, itulah mutiara hidup sebenarnya. Sesiapa yang
mencari redha ALLAH dengan kemurkaan manusia, maka ALLAH cukupkan dia daripada
memerlukan bantuan manusia.
Sesiapa yang mencari redha manusia dengan kemurkaan ALLAH, maka ALLAH serahkan
dia kepada manusia. - HR Tarmidzi
Antara topik menarik dalam buku ini adalah :-
Hadis dha’if sebagai sumber hukum
Kedudukan doa akhir dan awal tahun Hijrah
Hari Asyura dan peristiwa Karbala
Fatwa tentang sambutan Maulidul Rasul
Ittiba’ dalam IslamNisfu Syaaban dan amalannya
Hukum menyambut Israk Mikraj
Hukum ibadat korban
Hukum solat hari raya
Amalan sunnah sempena hari raya
No comments:
Post a Comment