Tuesday, 26 November 2013

Bagaimana dan Siapakah yang Layak untuk membeli Rumah Jenis Kos Rendah Baru atau Lama di Malaysia



Salam semua.

      Disini, saya ingin berkongsi informasi tentang bagaimana untuk anda menilaikan diri anda layak atau boleh membeli sebarang hartanah baru atau lama dari jenis kos rendah di Selangor dan lain-lain Negeri di Malaysia.
      Biasanya, kadar rumah jenis kos rendah adalah lebih murah dibandingkan dengan dari jenis kos sederhana rendah atau kos sederhana. Kebanyakan rumah jenis ini akan dipantau oleh SUK disetiap negeri selepas cabutan pembelian dibuat.
       Pembeli perlu ingat prosedur-prosedur ini sebelum membuat keputusan membeli mana-mana jenis rumah kos rendah di Malaysia sebelum membuat bayaran atau tempahan.

Kelayakan-kelayakannya adalah seperti berikut:-
1. Mestilah untuk anak-anak pribumi Negeri Tersebut.
2. Bertaraf warganegara (bukan penduduk tetap).
3. Mestilah berkahwin.
4. Pendapatan sekeluarga (suami-isteri) tidak melebihi RM3,000 sebulan (dari gaji asas).
5. Belum pernah memiliki sebarang rumah atau sebarang hartanah di mana-mana kawasan didalam Negeri tersebut (sekiranya telah ada @ pernah ada sebelumnya, maka urusan pembelian akan dibatalkan oleh SUK)

Jadi, sekiranya anda ingin memiliki sebarang Hartanah Kos Rendah, walaupun dalam bentuk apa sahaja... ch: flat : apartment ; teres, pastikan Anda adalah didalam kategori seperti yang dinyatakan seperti diatas.

Sebarang maklumat khusus, sila buat rujukan pertanyaan kepada:-
- Badan Sekteriat Urus Hartanah SUK Negeri
- Majlis Bandaraya @ Perbandaran

atau semak sendiri melalui:-
www.gov.my/perumahan kos rendah

Terima kasih

No comments: