Sunday 21 July 2013

Kursus Pengurusan Rekod & Fail Secara Berkesan - CPD 8 Jam

Pengurusan Rekod & Fail Secara Berkesan - CPD 8 JAM
Tarikh : 26 Ogos 2013 – Holiday Inn Glenmarie, Shah Alam 
Tarikh Seterusnya: 18 November 2013 - Dorsett Regency Hotel, Kuala Lumpur
Yuran Latihan – RM 750.00 
- Yuran latihan termasuk minum petang dan pagi, makan tengahari, peralatan dan nota latihan serta Sijil Kehadiran.

Pengenalan
Pegurusan rekod & fail yang sistematik dapat membantu meningkatkan keberkesanan produktiviti pelbagai pihak dalam sesebuah pejabat terhadap pelbagai isu yang terlibat dalam pengurusan rekod dan fail secara teratur. Ikuti program 2 hari ini untuk mempelajari kaedah-kaedah terbaik dalam pengurusan rekod and fail secara terbaik bagi pejabat dan organisasi anda.

Objektif Kursus
Selepas menghadiri program latihan ini, para peserta akan dapat:
  • Meningkatkan pengetahuan mengenai teknik pengurusan fail dan rekod
  • Memahami kepentingan penyelenggaraan dan keselamatan rekod

PROGRAM INI AMAT BERSESUAIAN BAGI:
Kakitangan Pengurusan, Kerani & Pembantu Tadbir

KAEDAH LATIHAN:
Syarahan, Perbincangan, Analisa Kes & ‘Role Play’

Kandungan Kursus

1 - Pengenalan kepada Pengurusan Fail & Rekod
  • Apa itu Fail?
  • Kenapa kita perlu sistem Pengurusan Fail & Rekod yang   bagus?
  • Apa masalah-masalah dalam Pengurusan Fail & Rekod?
  • Kepentingan sistem penfailan yang baik
  • Kitaran Hidup Rekod
  • Kerja Berkumpulan

2 - Sistem Penfailan dan Klasifikasi
  • Jenis-jenis Sistem Fail
  • Sistem “Centralized”, “Decentralized” dan “Semi-centralized”
  • Kekuatan dan Kelemahan bagi setiap system
  • Jenis-jenis Klasifikasi Fail
  • “Alphabetical”, “Numerical” dan “Alpha-numerical”
  • Contoh setiap klasifikasi fail
  • Kekuatan & Kelemahan setiap klasifikasi fail
  • Kerja Berkumpulan

3 - Kawalan Fail dan Rekod
  • Bagaimana untuk menghalang daripada kehilangan rekod yang dipinjam dari  fail?
  • Bagaimana untuk menghalang rekod daripada hilang dalam fail.
  • Menggunakan sistem “charge” bagi  kawalan fail dan rekod.
  • Kepentingan “SOP” untuk meningkatkan Kawalan Fail & Rekod
  • Contoh “SOP” dalam pengurusan fail & rekod
  • Kerja Berkumpulan

4 - Penyimpanan dan Pemusnahan Rekod
  • Apakah Jadual Penyimpanan Rekod?
  • Kelebihan Jadual Penyimpanan Rekod
  • Peraturan kerajaan dalam Penyimpanan dan Pemusnahan rekod
  • Faktor-faktor penilaian rekod
  • Contoh jadual penyimpanan rekod
  • Mengatur Jadual Penyimpanan
  • Pemindahan & Pemusnahan – Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan
  • Perancangan pemindahan rekod
  • Bagaimana menetapkan jadual pemusnahan
  • Pemusnahan Fail
  • Kerja Berkumpulan

5 - Peralatan & Susunatur Fail
  • Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan semasa memilih peralatan fail
  • Contoh jenis-jenis peralatan fail
  • Apa yang menyumbang kepada susunatur yang baik

6 - Amalan 5S di dalam pejabat
  • Definisi “Seiri”, “Seiton”, “Seiketsu”, “Seiketsu” and “Shitsuke”
  • Sebahagian contoh Amalan 5S yang baik di dalam pejabat
  • Kelebihan 5S
  • 5S dan Pengurusan Rekod

7 - Kerja Berkumpulan: “Fail Anda”
  • Sesi ini membincangkan amalan pengurusan fail & rekod di syarikat para peserta. Ia bertujuan membolehkan ahli kumpulan memberikan tindakbalas secara spontan untuk mempertingkatkan sistem dan amalan pengurusan fail di dalam syarikat mereka.

Biodata Ketua Kursus
ENCIK RAJKUMAR
  • Ketua Eksekutif Bersama SEGi, Cleverbridge, Gemilang & X Power Event
  • B.Econs  (Hons), MSc. HRD, Adventure Learning, EQ Certified
  • Pengarang 3 Buah Buku – Pengajian Perniagaan & Keusahawana

RajKumar mempunyai pengalaman lebih dari 17 tahun dalam bidang korporat dan pembangunan potensi individu.  Pendedahan beliau dalam alam pengeluaran bermula pada tahu 1991, apabila dijawat sebagai penyelia di Yeo’s Tebrau. Pengalaman beliau dalam bidang korporat bermula pada tahun 1995 sebagai Pengurus Penyelidikan di sebuah Syarikat Pembangunan Hartanah, dan seterusnya bertugas sebagai Jururunding di sebuah firma kedua terbesar di Malaysia yang menganjurkan persidangan, program-program pembangunan diri dan khidmat jururunding.  Beliau pernah bertugas sebagai Ketua Eksekutif di buah Pusat Pengajian Tinggi Swasta yang disenaraikan di BSKL. Kini, beliau merupakan Pengarah sebuah pusat jururunding & latihan korporat.

Dalam bidang Latihan & Pembangunan, RajKumar khusus dalam bidang Jualan, Perkhidmatan Pelanggan, Motivasi, Bina Semangat & Pasukan, Kepimpinan, Pengurusan Prestasi, Gelagat Organisasi, Keterampilan diri, Personaliti, Perubahan & Pembangunan Organisasi.

Beliau telah banyak menjalankan pelbagai kursus bagi banyak syarikat-syarikat di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang, Sabah & Sarawak. Di antara organisasi yang telah beliau terlibat dalam bidang latihan & pembangunan adalah Bank Negara, Maybank, Procter Gamble, Top Glove, Petronas, SOGO Steel, Malaysia Institute of Accountant, MAS Cargo, Sime, Titan PP Polymer, Shum Yip Leong Rubber, Maybricks, GN Technology, HKT, Eastern Press, Sam Long Chemical, WCT Engineering, Plastik V, Rubelli, PEPS_JV, Erapoly, Barwil, Lumut Resort, Digi, MARDEC, CIBA Vision, Escatech, BASF Petronas, dan banyak lagi.

RajKumar memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi dan Ijazah Sarjana Sains, khusus dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia. Beliau adalah pengarang 3 buku dalam Bahasa Melayu yang bidang perniagaan yang merangkumi aspek-aspek seperti pengurusan, pemasaran, kewangan & keusahawanan.
Untuk keterangan lanjut sila lawati : www.gmdcinspirasi.com

Hubungi :
GMDC INSPIRASI
Azrol, Ravi atau Seri untuk mendaftar dan kursus inhouse:
Tel: 03-3343 2180 / 013-394 2180
Email : gemilang2020@gmail.com

No comments: