Saturday 23 April 2011

Tawakal




Untuk mencapai kecemerlangan, selepas setiap perancangan,
usaha dan jihad dilakukan, kita perlulah bertawakal kepada Allah.
Yakin sepenuhnya kepada Dia yang memberikan jaminan(iaitu Allah)
berasa cukup dengan Allah dan bergantung kepadanya.

Kita bertawakal kerana secara dasarnya kita tidak memiliki apa-apa
pun tanpa keizinan Allah. Usaha yang kita lakukan pun berlaku dengan
izinNya. Justeru dalam sebuah hadis oleh Imam Al-Hakim, nabi
menggalakkan umat Islam berkata, ���⒠�¼Lahaula wala quwwatailla billah.���⒠�½
Ia bermaksud, ���⒠�¼Tidak ada sebarang daya dan kekuatan melainkan di-
sisi Allah.���⒠�½ Mereka yang bertawakal akan mendapat keuntungan
yang besar.


Allah SWT berfirman yang bermaksud;
"Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.
Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah,
maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).
Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya.
Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

(At-Tallaq:3)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Jikalau kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar
tawakal, nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada kamu
sebagaimana Allah memberikan kepada seekor burung yang
keluar diwaktu dinihari dalam keadaan lapar dan pulang dalam
keadaan perut berisi."
(HR Ibnu Majah)

No comments: